KATA ALUAN
Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.
Bersyukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya kita diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi cabaran globalisasi bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi akademik , sahsiah dan kokurikulum. Saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang telah menghasilkan buku yang menjadi panduan kepada warga sekolah untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti pada tahun ini.
Kini
peranan guru sebagai agen perubahan dan penjana modal insan memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi . Sebagai warga pendidik adalah menjadi harapan dan impian untuk memartabatkan bidang pendidikan agar pembaharuan dan perubahan yang sesuai dengan tuntutan semasa untuk mentransformasikan negara maju dapat dicapai. Harapan saya pada tahun ini agar semua warga sekolah, dapat memupuk budaya ketepatan masa dan berprestasi tinggi, iaitu sentiasa bersegera, cekap dan berfikir positif . Hal ini selaras dengan program –program
yang telah dilaksanakan seperti KBAT, i-think, Frog VLE ,
TIMSS dan PISA dan pelbagai pembaharuan dalam sistem pendidikan yang mengguna kaedah secara online
Transformasi pendidikan sedang melalui gelombang pertama, di samping pelaksanaan PBS yang telah memasuki tahun kelima. Sebagai guru pada zaman yang mencabar ini, kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin bagi menghadapi Generasi Y . Keadaan ini sudah pasti tugas guru semakin berat dan kompleks . Jadi guru harus mengharungi zaman ini dengan bijak dan berhikmah. Guru perlu bijak mengurus perubahan bermula di bilik darjah. Tranformasi perlu diiringi dengan perubahan strategi PDP dalam bilik darjah. Sejauh mana murid faham dan seronok belajar? Guru juga harus memupuk dan menjana perubahan sikap dan tingkahlaku pelajar mengikut kehendak dan aspirasi negara.
Saya berharap dalam era tranformasi ini, kita dapat melaksanakan prinsip kerja untuk memaksimumkan impak dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang berteraskan pengetahuan , latihan , usaha dan semangat berpasukan.Saya berharap guru –guru dapat bekerja dengan kreatif, inovatif dan berkesan dalam kerangka nilai, piagam, wawasan, matlamat dan objektif yang disepakati bersama.Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insan yang holistik lagi beriman. Jadi guru mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid.
Akhir sekali saya berharap semua warga sekolah dapat melaksanakan program yang dirancang dengan lebih hebat berbanding tahun 2014. Pastikan strategi kita betul dan sasaran kita tepat supaya SK Kampung Kolam dapat meraih kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum di samping dapat melahirkan insan kamil dalam kalangan generasi pelajar SK Kampung Kolam.
“PASSION FOR KNOWLEDGE
Sekian, Terima Kasih
NOR AZMAN BIN BACHOK
Guru Besar
No comments:
Post a Comment